Saturday, July 26, 2008

Sekapur Sirih

Assalamualaikum..
Saya bersyukur kehadrat ilahi kerana dapat menyiapkan blg ini dengan jayanya. blog ini amat penting bagi peminat-peminat sukan seperti bola sepak, skuasy, badminton formula One dan sebagaimya. Blog ini menyajikan pelbagai informasi tentang sukan... saya berharap sesiapa yang melayari blog ini berpuas hati dengan kandungannya....

Friday, July 25, 2008

Takrifan Sukan

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu
sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.
Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran.
Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sukan Bola Sepak

Bola sepak (association football atau soccer) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (B. Inggeris: International Federation of Association Football, B. Perancis: Fédération Internationale de Football Association)
Gambar di sebelah menunjukkan salah satu aksi dalam sukan bola sepak.

Skuasy


Skuasy ialah satu sukan berraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai "Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy.

Permainan ini dimainkan oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga.

Sejarahwan skuasy menyatakan bahawa permainan ini berasal dari Harrow School pada kurun ke-19, hanya di luar London, England, sebagai satu penambahan raket. Pembinaan gelanggang yang pertama direkodkan seperti di Harrow dalam tahun 1860-an. Kemungkinan bahawa gelanggang skuasy awal telah dibina di Harrow oleh satu gelanggang dengan membahagikan dewan gelanggang raket, yang mana merupakan lebih tepat lagi sama seperti tiga saiz gelanggang skuasy Sepanyol (untuk membenarkan lebih banyak pemain bermain di dalam gelanggang pada masa yang sama).

Permainan umumnya kekal sebagai pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan universiti-universiti sehinggalah awal abad ke-20, yang mana masa itu sukan ini menjadi popular dalam kelab-kelab persendirian (seperti RAC di London) dan dengan pegawai-pegawai dalam angkatan tentera British.

Gelanggang Skuasy Perseorangan Antarabangsa, seperti yang dispesifikasikan oleh Persekutuan Skuasy Sedunia
Gelanggang Skuasy Perseorangan Antarabangsa, seperti yang dispesifikasikan oleh Persekutuan Skuasy Sedunia

AS menjadi negara pertama untuk membentuk sebuah persatuan yang berdedikasi dan mengkodifikasikan permainannya pada tahun 1907. Pada tahun yang sama, Persatuan Tenis dan Raket (British) metubuhkan satu jawatankuasa kecil skuasy untuk mentadbir permainan, yang menjadi secara progresif dikanunkan semasa tahun 1920-an. Kemudiannya, Persatuan Raket Skuasy (British) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran permainan dalam 1928. Sukan ini sekarang ditadbir oleh WSF (Persekutuan Skuasy Dunia). Permainan profesional lelaki diuruskan oleh PSA (Persatuan Skuasy Profesional) dan wanita oleh WISPA (Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa Wanita).

Skuasy berterusan hampir secara eksklusif permainan bagi kelas pertengahan atas dan / atau kelas atasan sehingga sekitar tahun 1950-an, apabila pengendali-pengendali komersial mula membina gelanggang untuk orang awam. Permainan ini menjadi terkenal, dengan penyertaan memuncak sekitar awal tahun 80-an. Walaupun berlaku kemerosotan dalam bilangan pemain membilang, permainan ini popular di kebanyakan tempat, terutama Australia, barat laut Eropah, Amerika Utara dan Asia (terutamanya selatan dan tenggara).

Di tahap elit, permainan dibahagi di antara pemain-pemain amatur dan pemain profesional, yang mana jurulatih-jurulatih sering diambil bekerja oleh kelab-kelab yang eksklu
Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitifL perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket

formula 1


Formula Satu, singkatan F1, adalah kelas tertinggi perlumbaan formula kereta satu tempat duduk dengan tayar terdedah ditakrifkan oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA). Musim kejuaraan Formula Satu terdiri daripada siri perlumbaan, dikenali sebagai Grand Prix yang diadakan di litar perlumbaan ataupun di jalan raya tertutup bagi menentukan dua Kejuaraan Dunia, satu untuk pemandu dan pengeluar.
Kereta berlumba pada kelajuan tinggi, lebih daripada 320 km/h (200 mph), dan mampu menarik sehingga
5g di sesetengah selekoh. Prestasi kereta bergantung pada elektronik, aerodinamik, suspensi dan tayar. Formula ini telah menyaksikan banyak evolusi dan perubahan melalui sejarah sukan tersebut.
Eropah merupakan pusat tradisi Formula Satu, semua pasukan berpangkalan situ dan hampir separuh perlumbaan diadakan di situ. Namun begitu, kini Grand Prix diadakan di seluruh dunia. Perlumbaan di Eropah dan Amerika dikurangkan untuk memberi laluan yang baru di Bahrain, China, Malaysia dan Turki termasuk Singapura bakal menganjurkan perlumbaan malam yang pertama pada 2008.
Ia merupakan acara televisyen yang besar, dengan jutaan orang menonton setiap perlumbaan di dua ratus buah negara. Sebagai
sukan termahal dunia, kesan ekonominya adalah jelas, dan kewangannya dan pertarungan politik secara luas diperhatikan. Secara purata hampir 55 juta orang dari seluruh dunia menonton perlumbaan Formula Satu secara langsung. Its high profile and popularity makes it an obvious merchandising environment, which leads to very high investments dari penaja, translating into extremely high budgets for the constructor teams. Since the last decade, beberapa pasukan jatuh bankrap atau dibeli oleh syarikat lain.
Sukan ini dikawal oleh
Fédération Internationale